suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vidal tidak gembira kurang masa bermain di Barcelona

BARCELONA: Pemain tengah Chile, Arturo Vidal berkata dia tidak gembira kerana kekurangan masa bermain di kelab baharunya.

Vidal menyertai Bayern Munich pada musim panas ini, tetapi hanya mempunyai dua perlawanan bersama Catalans dan telah digantikan sebanyak dua kali.

"Bagaimana saya boleh gembira jika saya tidak bermain dan kenapa saya daripada semua orang yang ada?," Vidal memberitahu pemberita selepas menyertai pasukan kebangsaannya, menurut Diario Sport pada Selasa.

"Saya seorang yang sentiasa berjuang, berada dalam pasukan terbaik dunia, memenangi segala-galanya dan seorang yang ingin terus menang di Barcelona," kata Vidal.

Jurulatih Ernesto Valverde telah memilih untuk menggunakan pemain tengah Brazil, Arthur dalam perlawanan baru-baru ini.

Sementara itu, Vidal tidak bermain sama sekali dalam perlawananan Barca di Valencia yang mencatatkan keputusan seri 1-1 pada Ahad dan muncul hanya tiga minit menentang Tottenham pada Liga Juara-Juara minggu lalu.

"Saya baik secara fizikal dan gembira. Dalam beberapa permainan terdahulu, saya berasa geram tetapi itulah keadaannya, kami akan terus bertarung.

"Terdapat banyak perlawanan penting di hadapan dan kita lihat sahaja, "kata Vidal. - Reuters

Arturo Vidal

Artikel Lain