suria

Messi sumbat dua gol tundukkan Alaves

Messi menyumbat gol pada minit ke-64 dan 90. - Reuters

LIONEL MESSI menjaringkan dua gol dalam perlawanan antara juara La Liga, Barcelona dan Alaves yang mencatat keputusan 3-0 di Nou Camp pada perlawanan pembukaan musim baharu.

Messi, yang menyaksikan pasukan Argentina gagal memberi impak pada Piala Dunia 2018 di Rusia, kembali beraksi dengan mood yang begitu bersungguh-sungguh dan telah menggoyahkan gawang lawan menerusi sepakan percuma pada babak pertama.

Kapten Barcelona yang ​​mengenakan 'armband' selepas Andres Iniesta pergi meninggalkan kelab itu akhirnya memecah kebuntuan melalui tendangan bebasnya pada minit ke-64.

Pemain gantian Philippe Coutinho menambah jaringan kedua pada minit ke-83 sebelum gol dijaringkan sekali lagi oleh Messi pada minit ke-90 sekaligus menjadi penyudah waktu tamat permainan.

Messi sejak awal lagi menetapkan sasarannya untuk melakukan 'wide shot' selepas perlawanan dimainkan dengan bersih oleh Ivan Rakitic.

Memetik laporan Eurosport, Alaves cuba memberikan beberapa ancaman daripada 'set-pieces'.

Bagaimanapun, Barca hampir memecah kebuntuan selepas 38 minit ketika tendangan percuma 25 meter oleh Messi terkena palang gol.

Pasukan tuan rumah terus menekan selepas permulaan babak kedua, tetapi pada mulanya bergelut untuk mencari peluang.

Penjaga gawang Marc-Andre ter Stegen bekerja keras di kawasan penalti untuk menepis tendangan Jony Rodriguez apabila penyerang Alaves itu cuba mencari gol pertama mereka.

Usaha mereka secara berkumpulan menjadikan Barca berjaya mencatatkan gol ke-6,000 Barcelona di La Liga.

Lionel Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain