suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlawanan rahsia Emery selepas tewas kepada City

Unai Emery

ARSENAL telah mengadakan perlawanan persahabatan tertutup selepas  tewas  kepada Manchester City dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris minggu.

Perlawanan persahabatan dengan Crystal Palace itu dipercayai atas permintaan bos Arsenal, Unai Emery di pusat latihan Colney dan kemenangan berpihak kepada The Gunners, 4-0.

Pemain baharu, Bernd Leno dan Lucas Torreira turut beraksi pada perlawanan itu termasuk Danny Welbeck dan Emile Smith-Rowe.

Perlawanan persahabatan bukan aksi rasmi kerana pemain-pemain dilihat hanya memakai bib dan tiada sesiapa dibenarkan berada di situ kecuali pemain dan staf jurulatih yang dijemput.

Difahamkan, perlawanan rahsia yang dirancang Emery itu adalah yang ketiga musim ini termasuk bertemu Crawley Town.

Emery dipercayai mahu menguji  kecergasan pemain-pemainnya selepas tewas 2-0 kepada City.

Emery dan bos Palace, Roy Hodgson berbincang selepas aksi tersebut dan mencapai kata sepakat kemungkinan akan bermain bersama lagi jika berdepan dengan situasi yang bersesuaian. -Dailymail

Unai Emery, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain