suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengadil Madley tinggalkan EPL selepas bercerai

PENGADIL Liga Perdana Inggeris (EPL) Bobby Madley meletak jawatannya awal minggu ini.

Madley berbuat demikian selepas hubungan perkahwinannya retak.

Pada Khamis, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) telah mengesahkan bahawa Madley, 32, bukan lagi bekerja dengan mereka 'berikutan perubahan keadaan peribadi'.

Bagaimana pun, laporan terbaharu pada Sabtu, mendedahkan bahawa Madley membuat keputusan itu selepas dia bercerai, lapor The Sun.

Madley berpisah dengan isterinya Rachel,34, selepas dua tahun berkahwin.

Madley dianggap sebagai salah seorang pengadil terbaik di England. Malah dia juga dilihat mempunyai potensi untuk menjadi pengadil elit Eropah.

Dia merekodkan 91 perlawanan utama sepanjang lima musim lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain