suria

Chelsea cuba bida Oblak sebelum ikat Kepa

KEPA Arrizabalaga bukan penjaga gol pilihan utama Chelsea untuk menggantikan Thibaut Courtois, lapor The Sunday Times.

Juara Piala FA itu terpaksa bertindak pantas mencari pengganti Courtois selepas penjaga gol kebangsaan Belgium itu berhijrah ke Real Madrid pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.

Kep menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah bola sepak selepas memuktamadkan perpindahan bernilai 71 juta pound sterling dari Athletic Bilbao.

Dia beraksi cemerlang pada penampilan pertamanya yang menyaksikan Chelsea menang 3-0 ke atas Huddersfield.

Namun The Sunday Times mendakwa, Chelsea sebenarnya mahukan khidmat bintang Atletico Madrid Jan Oblak.

Oblak diangkat sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.

Chelsea dilaporkan telah mengemukakan bidaan sebanyak 90 juta pound sterling terhadap Oblak.

Namun penjaga gol berusia 25 tahun itu memilih untuk kekal di Sepanyol.

Atletico kini dilaporkan akan menawarkan kontrak baharu kepada Oblak yang menyaksikan klausa pembeliannya meningkat sehingga 250 juta pound sterling.

Jan Oblak, Kepa Arrizabalaga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain