suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahrom akui Felcra masih 'lapar'

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Felcra FC, Muhammad Shahrom Abdul Kalam mengakui pasukannya masih lagi 'lapar' kemenangan selepas layak ke Liga Super musim depan.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata, setakat ini moral pasukan berada dalam keadaan baik dan positif dalam mengharungi kempen Piala Malaysia.

"Momentum masih bagus selepas layak ke Liga Super dan ia  menjadikan semangat untuk melakukan yang terbaik dalam aksi Piala Malaysia.

"Dengan kelebihan yang tiada tekanan, kami optimis untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini," jelas pemain Harimau Malaya ini.

Dalam pada itu, Shahrom mengakui teruja untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

"Saya komited dengan Felcra mahu mengukuhkan nama kelab dalam Liga Super terlebih dahulu.

"Selebihnya saya hanya akan fikir selepas saingan Piala Malaysia berakhir," tambahnya.

Kelab Felcra yang dibimbing jurulatih dari Brazil, Tracisio Pugliese berjaya mencipta sejarah apabila menamatkan musim pertama Liga Premier di kedudukan kedua sekali gus layak ke Liga Super musim depan.

Shahrom kalam, Felcra FC

Artikel Sebelum

Artikel Lain