suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Modric kekal setahun lagi

LUKA Modric membuat keputusan untuk kekal bersama Real Madrid selama satu musim lagi.

Bintang Croatia itu dijangka menandatangani kontrak baharu sekali gus menjadi pemain kedua menerima bayaran gaji tertinggi di Santiago Bernabeu.

Kenaikan gaji yang diterimanya memberi petunjuk bahawa Modric kini memainkan peranan penting dalam pasukannya.

"Pendapatannya akan menyamai gaji diterima kapten Sergio Ramos (11 juta euro musim lalu) dan hanya ketinggalan di belakang Gareth Bale," tulis media Sepanyol, Marca.

Pemain berusia 32 tahun itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke Juventus baru-baru ini.

Modric yang menyuntik semangat Croatia mara ke final Piala Dunia bulan lepas hanya kembali ke Sepanyol minggu ini.

"Luka Modric telah buat keputusan. Selepas berbincang dengan keluarganya, doa akan kekal di Real Madrid," demikian menurut laporan media itu.

Luka Modric, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain