Dalang 'gaduh' digugurkan, UAE FA mohon maaf kepada FAM

Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia menentang UAE dihentikan pada minit terakhir masa tambahan separuh masa kedua selepas berlakunya pergaduhan antara pemain Malaysia dan UAE di Stadium Shah Alam, malam Jumaat. - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) menggugurkan pemain tengah skuad Bawah 23 tahun (B-23), Mohammed Khalfan Al-Harazi daripada senarai pemain mewakili negara itu pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Tindakan itu diambil selepas persatuan itu meneliti laporan awal yang mendapati Mohammed Khalfan menjadi dalang utama mencetuskan insiden pergaduhan ketika aksi persahabatan membabitkan pasukan itu dengan skuad B-23 negara di Shah Alam, malam Jumaat.

Dalam satu kenyataan di laman sesawangnya pada Sabtu, UAE FA turut membuat permohonan maaf kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden itu yang tidak mencerminkan etika dan semangat kesukanan mereka.

"Kami amat kesal dan membantah tindakan yang dicetuskan Mohammed Khalfan Al-Harazi yang tiada kaitan dengan moral dan semangat kesukanan yang sentiasa menjadi slogan pasukan kebangsaan dan juga kelab dalam setiap perlawanan.

"Berdasarkan laporan awal yang diterima, kami memutuskan untuk menggugurkan pemain tersebut dari senarai pasukan yang mewakili "Asayad".

"Selain itu dia akan dirujuk kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas pemain itu mengikut prosedur dan undang-undang yang sudah ditetapkan selari dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)," demikian menurut kenyataan itu.

Setiausaha FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan telah menerima surat rasmi permohonan maaf daripada UAE FA selepas satu perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak susulan insiden itu.

"Saya dan (Presiden) Datuk Hamidin Mohd Amin terus mengadakan perbincangan dengan pihak UAE FA menerusi Setiausaha Agungnya, Mohammed Hazzam Al Dhaheri dan juga naib presidennya, Abdulla Naser Al Jneibi serta pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor John.

"Selepas perbincangan, FAM telah menerima surat rasmi daripada UAE FA menyatakan mereka meminta maaf di atas insiden pergaduhan terbabit dan mengambil serius apa yang berlaku itu dengan akan melakukan siasatan dalaman bagi tindakan diambil kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Stuart berkata FAM juga akan mengemukakan laporan daripada Komisioner Perlawanan (MC) dan juga pengadil kepada AFC pada Sabtu.

"FAM seterusnya akan membuat tindakan susulan dengan AFC jika ada apa-apa keperluan selepas AFC meneliti laporan daripada semua pihak," katanya.

Insiden pergaduhan itu berlaku pada masa kecederaan babak kedua dan ia tercetus selepas Mohammad Khalfan mengasari pemain negara sebelum ada tindak balas.

Namun pergaduhan itu berjaya dikawal oleh anggota keselamatan kira-kira dua minit kemudian.

Dua gol Malaysia dijaringkan masing-masing oleh Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Mohammad Akhyar Abdul Rashid (m-64).

UAE FA, FAM

Artikel Sebelum

Modric kekal setahun lagi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain