suria

Willian akui mahu bekerjasama dengan Mourinho tapi...

Willian. Foto Reuters

PEMAIN Chelsea, Willian menyuarakan mengenai hasratnya untuk bekerjasama dengan Jose Mourinho sekali lagi selepas melabelkan pengurus Manchster United itu sebagai 'pengurus terbaik setakat ini'.

Willian pernah bermain di bawah Mourinho untuk seketika di Stamford Bridge.

Beliau memuji pengurus berusia 55 tahun itu kerana membuatkan dirinya memperoleh kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris pada 2015.

Dalam temubual bersama ESPN, Willian berkata: "Mourinho merupakan pengurus terbaik yang saya pernah bekerjasama. Kami mempunyai hubungan yang baik, kami adalah kawan.

"Kadang-kadang kami berbual, menghantar mesej, juga menerusi WhatsApp. Beliau seorang pengurus yang terbaik, saya amat senang bekerjasama dengannya. 

"Saya harap dapat bekerjasama dengan beliau sekali lagi satu hari nanti," katanya.

Timbul cakap-cakap mengatakan bahawa Mourinho mahu membawa Willian masuk ke Old Trafford selepas musim panas ini.

Ditanya sama ada Mourinho menghubunginya, Willian menambah: 'Tidak, beliau tidak pernah hubungi saya, tetapi beliau sentiasa menghantar saya mesej teks.

"Tapi saya sangat gembira di Chelsea, saya mahu kekal di kelab ini. Saya juga suka tinggal di London, ia adalah bandar yang menakjubkan, dan keluarga saya selesa di sana. Jadi ya, saya berhasrat untuk tinggal di Chelsea," katanya. - Mail Online UK

Willian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain