suria

Liew Daren langkah kanan

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional Malaysia, Liew Daren meneruskan prestasi cemerlang apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2018 di Nanjing, China pada Jumaat.

Pemain bukan pilihan yang bersara daripada pasukan kebangsaan pada 2016 itu, bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Kanta Tsuneyama dari Jepun, 22-20, 21-23 dan 22-20 pada aksi suku akhir.

Perlawanan selama 80 minit itu disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen swasta tempatan.

Untuk rekod, Daren mengalahkan pemain ranking ke-13 dunia, Jonatan Christie dari Indonesia, 21-12 dan 21-16 dalam perlawanan pembukaan, sebelum menumpaskan pemain pilihan kelima, K. Srikanth dari India, 21-18 dan 21-18 pada pusingan ketiga.

Esok (Sabtu) pada peringkat separuh akhir, Daren akan bertemu sama ada pemain pilihan keenam Kento Momota dari Jepun atau B. Sai Praneeth (India).

Momota dan Praneeth akan bertemu dalam satu lagi perlawanan suku akhir lewat Jumaat. - BERNAMA

Liew Daren, BWF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain