suria

Higuain sah ke AC Milan

AC Milan mengumumkan Gonzalo Higuain menjadi pemain baharu kelabnya secara pinjaman jangka panjang.

Pemain berusia 30 tahun itu berpindah ke AC Milan selepas ketibaan Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Penyerang itu berpindah ke uventus pada tahun 2016 dengan nilai 79 juta pound selepas merakam 36 gol dalam dalam Serie A untuk Napoli.

Malah dia juga turut membantu menjuarai Serie A dan Coppa Italia ketika dua musim itu bersama Juventus dengan jaringan 55 gol dalam 105 penampilan dalam semua perlawanan, termasuk 40  gol di luar aksi liga.

Pun begitu, dia tetap menerima kritikan yang mengecewakan apabila dilabelkan sebagai tidak memberi kesan dalam perlawanan besar.

Gonzalo Higuain, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain