suria

"Ronaldo? Mahal, tak berbaloi dengan usia"

Cristiano Ronaldo

KETUA Kelab Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge mengkritik Juventus menghabiskan 100 juta pound untuk Cristiano Ronaldo.Juara Serie A itu menganggap satu pembaziran menghabiskan wang yang banyak untuk pemain yang berusia 33 tahun.

Rummenigge faham mengapa kelab Itali untuk sanggup membeli pemain antarabangsa  Portugal itu, namun harga perpindahan terlalu mahal berdasarkan faktor umur.

"Ronaldo? Saya terkejut apabila mengetahui Andera Agnelli membuat keputusan untuk menjadikannya kenyataan, tetapi untuk pandangan Juve ia memang wajar.

"Bola sepak Itali telah hilang kemeriahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi kami tidak akan melaburkan wang untuk pemain yang berusia 33 tahun."


Bayern Munich hanya berbelanja 17 juta pound musim ini dan ia adalah persetujuan terhadap seorang pemain muda Kanada berusia 17 tahun, Alphonso Davies yang menyertai bulan lepas dari Vancouver.

Pengurus berusia 62 tahun itu mengakui jumlah wang yang dilaburkan kepada pemain Eropah agak melambung sejak beberapa musim lalu dan sedar siap yang patut dipersalahkan.

"Jika harga naik mencanak, ia berpunca daripada Manchester City dan Paris Saint Germain.

"Mereka tidak perlu buat kerja 'gila' untuk memenangi Liga Juara-Juara.

"Lihat apa yang Real Madrid lakukan sejak beberapa tahun lalu yang tidak melabur keterlaluan dan ia juga adalah falsafah kami."

Artikel Sebelum

Higuain sah ke AC Milan

Artikel Berikut

Artikel Lain