suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Temani kekasih bersalin terlalu lama, Mourinho kritik Martial

JOSE Mourinho mengkritik penyerang Manchester United Anthony Martial secara terbuka kerana tidak pulang segera selepas kelahiran anak keduanya.

Martial meninggalkan jelajah pra musim United di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk bersama dengan kekasihnya di Paris bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Namun tiga hari kemudian, Mourinho berang apabila Martial tidak pulang segera ke Michigan untuk aksi persahabatan menentang Liverpool.

“Anthony Martial ada anak dan selepas bayi itu dilahirkan, bayi yang comel dan sihat, terima kasih Tuhan, dia sepatutnya berada di sini tetapi dia tidak ada.

“Sekarang kami akan berdepan Real Madrid dan selepas itu Bayern Munich.

“Saya hanya berharap pemain-pemain layak bercuti, mereka menjaga diri sendiri dan seseorang mahu melakukan apa yang Rashford dan Jones lakukan iaitu pulang lebih awal dan cuba membantu pasukan pada permulaan musim dan kami akan berdepan masalah,” katanya sinis.

Kekasih Martial, Melanie da Crus Pires mengesahkan kelahiran bayi kedua mereka pada Jumaat.

Martial belum membalas kenyataan Mourinho manakala United tidak dapat mengesahkan sama ada dia diberi pelepasan untuk menemani kekasihnya itu.

Anthony Martial, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain