Manchester United mahu ikat Harry Maguire

MANCHESTER United cuba mendekati Leicester City untuk mengikat pemain bek tengah England Harry Maguire, lapor Sky Sports News.

Bagaimanapun, dengan baki dua minggu lagi sebelum tingkap perpindahan berakhir, Jose Mourinho nampaknya perlu bekerja keras memandangkan Leicester ingin mempertahankan pemain penyerangnya di Stadium King Power.

Sky Sports News mendakwa United menilai pemain yang mewakili England pada Piala Dunia 2018 itu pada harga £65 juta (RM347 juta).

Maguire dilaporkan akan kembali daripada bercuti dalam beberapa hari lagi dan difahamkan dia nekad untuk berpindah ke Old Trafford.

Bagaimanapun, Leicester telah kehilangan Riyad Mahrez dalam tingkap perpindahan ini dan Sky Sports News diberitahu bahawa Maguire bukan untuk dijual dan tidak akan meninggalkan kelab tersebut.

Maguire dinobat sebagai Pemain Terbaik Leicester selepas mempamerkan prestasi menakjubkan pada musim pertama di kelab itu.

Pemain berusia 25 tahun itu masih mempunyai baki empat tahun selepas berpindah dari Hull dengan nilai perpindahan £17 juta (RM90 juta).

Harry Maguire

Artikel Berikut

Morata kata 'ya' kepada AC Milan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik