suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maguire yakin ke Man United, tapi...

Harry Maguire. Foto Reuters

HARRY Maguire yakin dia akan berpindah ke Old Trafford dalam tempoh dua minggu akan datang, tetapi pihak Manchester United bagaimanapun enggan mempermudahkan jalan.

Maguire berada di kedudukan teratas dalam senarai sasaran pemain pertahanan oleh Jose Mourinho pada musim panas ini, dengan Manchester United bersedia membayar sehingga £65 juta untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, Leicester City boleh menuntut lebih banyak untuk seorang pemain yang hanya dibelanjakannya sebanyak £17 juta apabila pemain itu berhijrah ke kelab itu dari Hull City, setahun yang lalu.

Dan Mourinho diberitahu oleh Manchester United bahawa beliau perlu menjual salah seorang daripada lima pemain tengahnya untuk membuka jalan bagi mendapatkan maguire.

Jika Manchester United terlepas untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu, mereka boleh beralih ke Toby Alderweireld dari Tottenham atau pemain AC Milan, Leonardo Bonucci dari AC Milan. - Mail Online UK

Harry Maguire

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain