suria

Legenda bola sepak rai majlis kahwin Fabregas

BEBERAPA legenda Arsenal, Chelsea dan Barcelona menghadiri majlis meraikan ikatan perkahwinan Cesc Fabregas dan isterinya, Daniella Semaan.

Majlis itu berlangsung dalam suasana meriah di Ibiza, malam Selasa.

Fabregas menamatkan zaman bujangnya dengan Daniella pada Mei lalu.

Namun mereka membuat keputusan untuk meraikan hari bahagia itu bersama rakan-rakan selepas tamat aksi Piala Dunia.

Antara yang hadir termasuk rakan pasukan Fabregas di Chelsea iaitu Ross Barkley, Ethan Ampadu, Marcos Alonso dan N'Golo Kante.

Messi dan isterinya.

Bekas kapten Chelsea, John Terry turut menghadiri majlis itu bersama dengan isterinya, Toni.

Lionel Messi bersama isterinya Antonella Roccuzzo turut hadir memeriahkan majlis.

Dalam majlis itu, Fabregas dan Daniella ditemani empat daripada lima anak mereka iaitu Leonardo, Lia, Capri dan Joseph.

Namun Maria, anak Daniella dengan bekas suaminya tidak kelihatan di dalam gambar.

Daniella yang dilahirkan di Lubnan, 12 tahun lebih tua daripada Fabregas tetapi cinta mereka tetap utuh.

Fabregas melamar wanita berusia 43 tahun itu pada Disember tahun lalu.

Cesc Fabregas, Daniella Semaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain