suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya tidak akan jawab soalan anda" - Mourinho

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho enggan menjawab pertanyaan sama ada dia yakin mampu memberi cabaran sengit bagi merebut trofi Liga Perdana Inggeris musim depan dengan tiada tambahan muka baharu dalam skuad kendaliannya.

United menamatkan saingan musim lalu di tempat kedua, ketinggalan 19 mata di belakang juara Manchester City hanya berjaya membawa masuk tiga pemain setakat ini.

Tiga pemain itu adalah pemain tengah Fred, pemain pertahanan Diogo Dalot dan penjaga gol Lee Grant.

Ketika ditanya mengenai soalan panas itu, Mourinho berkata:"Saya tidak akan jawab soalan anda."

Terdahulu pada Selasa, pengendali kelahiran Portugal itu dalam satu temu bual bersama ESPN berkata dia mahu mendapatkan sekurang-kurangnya dua lagi pemain baharu.

"Satu perkara adalah apa yang saya suka. Satu lagi apa yang akan berlaku," katanya.

United akan bertemu AC Milan pada aksi jelajah pra musim mereka di Amerika Syarikat (AS), Rabu.

Beberapa pemain bintangnya tidak menyertai kempen pra musim itu kerana sedang bercuti selepas tamat aksi Piala Dunia.

"Jika anda lihat pemain Chelsea dan Liverpool pada pra musim, terutamanya dua pasukan ini dan juga Arsenal, saya fikir jika anda bandingkan, anda lihat perbezaan pada situasi.

"Man City dan Tottenham juga berada pada situasi sama seperti kami.

"Saya gembira dengan evolusi perlawanan tetapi saya tidak mempunyai ramai pemain untuk diturunkan," katanya.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

"Popov jangan gila talak!"

Artikel Berikut

Artikel Lain