suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo ke China, terpaksa tinggalkan Juventus

CRISTIANO Ronaldo terpaksa meninggalkan rakan pasukannya pada aksi persahabatan pra musim di Amerika Syarikat (AS) kerana terlibat dengan siri jelajah CR7 ke China.

Ini bermaksud bintang Portugal itu tidak akan bertemu bekas kelabnya, Real Madrid yang dijangka bertemu Juventus di Washington pada 4 Ogos ini.

Malah pemain berusia 33 tahun itu juga tidak akan menyarung jersi baharunya sehingga kempen Serie A membuka tirainya.

Sebelum berlepas ke China, Ronaldo memuatnaik gambarnya dan beberapa individu di hadapan sebuah pesawat.

"Legenda bola sepak itu kerap mengadakan jelajah CR7 sejak kebelakangan ini di mana dia berlepas ke Asia untuk bertemu peminatnya selain memperluaskan jenamanya.

"Malah pemain berusia 33 tahun itu bersedia untuk melalui musim panas yang sibuk dengan komitmen penajaan sebelum menyertai latihan pra musim bersama kelab baharunya.

"Tidak dipasti tempoh jelajah Ronaldo bersama Nike ke China kerana dia dijangka melawat beberapa lokasi selain terlibat acara diadakan jenama sukan terkemuka dunia itu," lapor Daily Mail.

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain