suria

Zola kembali ke Chelsea

CHELSEA mengesahkan legenda kelab itu, Gianfranco Zola kembali sebagai pembantu ketua jurulatih Maurizio Sarri.

Zola, 52, beraksi bersama Chelsea selama tujuh tahun antara 1996 dan 2003, melakukan 312 penampilan dan menjaringkan 80 gol.

Bakat luar biasanya menyebabkan dia menjadi salah seorang pemain terkenal dalam sejarah kelab itu.

"Bagi saya ia perkara yang menakjubkan. Saya akan bekerja keras kerana ia cabaran yang sukar tetapi saya amat bangg berada di sini.

"Saya akan bekerja keras dengan Maurizio untuk mencipta kejayaan di sini. Seperti yang saya lakukan sebagai pemain suatu ketika dulu, saya akan buat yang terbaik untuk jawatan baru ini," kata Zola.

Sejak menggantung but, Zola melatih pasukan belia Itali selain pernah berkhidmat bersama West Ham, Watford, Cagliari, Al-Arabi dan Birmingham City.

Gianfranco Zola, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain