suria

Liverpool setuju yuran perpindahan Alisson

PENJAGA gol Roma Alisson dijangka tiba di England untuk memuktamadkan perpindahannya ke Liverpool.

Selepas mengemukakan tawaran bernilai 62 juta pound sterling pada Selasa, Liverpool akhirnya bersetuju membayar bidaan 67 juta pound sterling seperti yang ditetapkan Roma terhadap bintang Brazil itu.

Alisson sedang bercuti di Sardinia selepas aksi Piala Dunia tetapi memendekkan tempoh percutiannya itu untuk memuktamadkan rundingan ke Anfield.

Pada petang Rabu, Alisson mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Ciampino menuju ke Manchester.

Dari sana dia akan memandu kereta pesendirian ke Liverpool.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Roma. Kini tiba masanya saya meneroka pengalaman baru," katanya.

Alisson dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Liverpool dan perpindahan itu boleh dimuktamadkan pada hujung minggu ini.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu dipercayai akan menandatangani kontrak lima tahun dengan Liverpool.

Alisson menjadi pemain keempat tiba di Anfield pada musim panas ini selepas Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri.

Alisson, Liverpool

Artikel Sebelum

Zola kembali ke Chelsea

Artikel Berikut

"Saya takkan lari..."

Artikel Lain