suria

Legenda Roma imbas kenangan bertemu Liverpool

LEGENDA Roma, Francesco Totti menganggap Liverpool sebagai 'model yang perlu diikut'.

Totti berkata demikian menjelang perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di antara Roma dan Liverpool di Anfield awal pagi Rabu.

Pertemuan dua kelab bersejarah ini dianggap ulangan perlawanan akhir Piala Eropah pada tahun 1984 yang menyaksikan Liverpool menang penalti 4-2 selepas berkesudahan seri 1-1.

Totti yang dilihat makan malam di Merseyside pada Isnin mengakui dia juga terluka dengan Liverpool ketika aksi 2001.

"Apabila saya mendengar nama Liverpool timbul perasaan hormat, kelab besar, pasukan hebat, penyokong dan model yang perlu diikuti.

"Selain dengan keputusan negatif, saya juga mempunyai memori in di Anfield. Suasana, perasaan dan semangat penyokong sangat menakjubkan.

"Sudah tentu ketika ingat kembali ketika aksi final Piala Eropah 1984 - ia kenangan buruk, jadi kami perlu menghindarinya daripada berulang.

"Tetapi kami perlu memilih salah satu daripada tiga pasukan terbaik Eropah dan kami bertemu Liverpool," jelas bekas penyerang Roma itu.

Roma, Francesco Totti, Liverpool

Artikel Lain