suria

Tima Sang Beruang Rusia Penyeri Piala Dunia 2018

BERUANG Rusia merupakan simbol utama negara itu dan ia turut dipaparkan dalam pelbagai filem, artikel dan poster propaganda negara berkenaan.

Malah, beruang juga menandakan Empayar Rusia, Soviet Union dan Rusia yang kita kenali hari ini.

Selain itu, ia turut dipaparkan di bendera negara itu, parti memerintah negara itu yang dipimpin Vladimir Putin.

Dengan semua itu, dan Piala Dunia yang semakin hampir, masuk akal jika dibayangkan bahawa beruang akan menjadi simbol penting dalam kejohanan itu nanti.

Menerusi satu rakaman oleh Liga Bola Sepak Profesional Rusia dalam perlawanan antara Mashuk-KMC dan DC Anghust Nazaran hujung minggu lalu, beruang perang bernama Tima digunakan untuk membawa masuk bola.

Walaupun ramai yang beranggapan maskot kejohanan sukan perlu digantikan dengan sesuatu yang baharu, namun penggunaan haiwan sebenar agak tidak masuk akal.

Sebelum bermula perlawanan, pemain dan pegawai di situ langsung tidak kelihatan takut.

Malah, pengadil yang mengambil bola dari genggaman Tima kelihatan bersahaja sewaktu haiwan itu memandang tanpa sebarang idea mengenai apa yang sedang berlaku.

Sementara itu, penggunaan haiwan untuk tujuan hiburan sememangnya dianggap kejam dan dipersoalkan orang ramai.

Walaupun belum disahkan, terdapat beberapa laporan mengatakan prosedur sama akan berlaku sewaktu perlawanan pembukaan Piala Dunia melibatkan Rusia dan Arab Saudi.

Terdahulu, seekor lagi haiwan turut ditampilkan dalam perlawanan liga bahawan di Rusia minggu ini.

"Selepas beruang digunakan untuk membawa masuk bola di Anghust, peminat Luch Energiya turut berang dengan tindakan pengurus, Alexadr Grigoryan yang membaling ayam jantan ke atas padang," tulis David Sansun di Twitter.

Tima, Piala Dunia, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain