Pingat emas suntik semangat Amy Kwan - Sukan | mStar

Pingat emas suntik semangat Amy Kwan

SEPANG: Pencapaian pingat emas di Sukan Komanwel memberikan suntikan semangat kepada gimnas negara, Amy Kwan untuk lebih kompetitif di Sukan Asia, Jakarta, Indonesia pada 18 hingga 22 September ini.

Amy mengakui cabaran di peringkat Asia lebih sukar kerana pencabarnya dari negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan, China dan Korea Selatan.

"Setiap pertandingan mempunyai saingan yang berbeza, sudah pasti saingan di Sukan Asia lebih sukar. Ia juga merupakan penampilan pertama saya di Sukan Asia nanti.

"Perkara paling penting adalah kami (gimnas) perlu memberikan persembahan paling terbaik dalam pertandingan itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang awal pagi Ahad.

Amy yang meraih pingat emas acara riben pada Sukan Komanwel itu turut meraih pingat perak berpasukan menerusi gandingan bersama Koi Sie Yan dan Izzah Amzan serta pingat gangsa dalam individu keseluruhan.

Sie Yan turut meraih pingat perak melalui acara individu aparatus bola dan aparatus belantan.

Ketiga-tiga gimnas negara itu hanya berehat dua hari sebelum menggalas cabaran di Kejohanan Gimnastik Berirama Senior Asia ke-10 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 29 April hingga 2 Mei ini. - BERNAMA

Amy Kwan , Sukan Komanwel

Artikel Sebelum

Emas Milik Chong Wei

Artikel Berikut

Conte hanya tunggu masa

Artikel Berkaitan

Hebat Chong Wei!

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain