suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roma ‘takut’ bertemu Liverpool

BINTANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah mendakwa pemain Roma 'takut' berdepan pasukan itu pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Anak buah Jurgen Klopp itu perlu menundukkan Roma yang juga bekas kelab Salah untuk mara ke final.

Salah pernah memperkuat Roma selama dua musim sebelum berpindah ke Anfield pada musim panas lalu.

Malah pemain kebangsaan Mesir itu masih mempunyai hubungan baik dengan bekas rakan pasukannya di Roma.

"Mereka beritahu saya, mereka tidak mahu beraksi menentang Liverpool. Agak gembira dapat datang semula ke Roma, ia kelab lama saya. Saya sayang penyokong di sana dan mereka juga menyayangi saya.

"Saya masih lagi berhubung dengan kebanyakan pemain di sana. Kami amat rapat dan berkawan baik.

"Sudah tentu saya mempunyai saat manis. Kami beraksi bersama selama dua tahun dan berjuang bersama-sama dalam setiap perlawanan," kata Salah.

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain