suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelumba trek negara kejutkan juara dunia!

Muhammad Shah Firdaus dan Matt Glaetzer. -fotoAP

BRISBANE: Pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke suku akhir acara pecut lelaki di Velodrom Anna Meares.

Muhammad Shah Firdaus mengejutkan juara dunia Matt Glaetzer dalam pusingan penyingkiran, yang juga pemenang pingat emas acara keirin semalam.

"Semua orang tahu lawan saya memang sukar dan saya ikut seperti perancangan John (Beasley) dan saya gembira saya berjaya kalahkan juara dunia baru-baru ini di Appledon," katanya.

Terdahulu Muhammad Shah menduduki tempat ke-16 dalam pusingan kelayakan selepas mencatat 10.013 saat, manakala Glaetzer pula mencipta rekod kejohanan dengan masa 9.583s yang juga masa terpantas.

Pusingan suku akhir akan berlangsung pada 3.05 petang waktu tempatan.

-Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain