suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanya Pogba Sendiri - Mourinho

JOSE Mourinho menyuruh media bertanyakan sendiri kepada Paul Pogba mengenai prestasinya di Manchester United.

Hubungan Mourin dan Pogba dilapor berantakan berikutan prestasi pemain termahal kelab itu di bawah par selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Pogba hanya tampil tiga daripada sembilan perlawanan sejak bertengkar dengan Mourinho di Tottenham hujung Januari lalu.

Bos United itu yang kecewa dengan prestasi Pogba enggan memberi peluang kepada pemain itu untuk beraksi kerana prestasi yang kurang memuaskan hatinya.

"Tanya dia. Apabila anda ada peluang, tanya dia apa  difikirkan tentang ini

."Saya bekerja. Itu sahaja yang saya boleh buat. Saya tidak boleh buat perkara lain.

"Tiada kaitan dengan kecederaan. Pemulihannya berjalan dengan baik walaupun kecederaan yang sukar.

"Tetapi kecederaan itu dialami oleh semua pemain, kelab-kelab lain pegawai perubatan mengesyorkan pembedahan.

"Pilihan dia untuk tidak menjalani pembedahan adalah sangat tepat, seterusnya dia pulih dengan baik," ujar Mourinho.

Sementara itu, Mourinho berkata dia tidak mengulas prestasi pemainnya bersama pasukan kebangsaan.

Mourinho berkata demikian selepas jurulatih Perancis Didier Deschamps memberitahu ada masalah antara Pogba dan Mourinho apabila pemainnya tidak gembira dengan situasi di Old Trafford.

Artikel Berikut

Artikel Lain