suria

Jurulatih Giggs Senyum, Bale Pecah Rekod Gol Wales

Bale menjaringkan hatrik ketika bertemu China, Khamis.

RYAN Giggs memulakan kariernya sebagai pengurus Wales dengan senyuman lebar apabila menang 6-0 ke atas China ketika aksi Piala China pada Khamis.

Lebih menarik, 'ayam tambatan' Gareth Bale telah memecah rekod jaringan Wales selepas melakukan hatrik sekaligus menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Wales.

Penyerang Real Madrid itu merakam 29 gol daropada 69 perlawanan, kelebihan satu gol daripada pemain legenda Liverpool Ian Rush (28 gol).

Wales bakal berdepan dnegan Uruguay atau Republik Czech Isnin ini.

Kemenangan ini juga dianggap terbesar selepas 1996 apabila menewaskan San Marino dengan keputusan yang sama.

Gareth Bale, Wales, Ryan Giggs

Artikel Berikut

Artikel Lain