suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dhabitah Tercorot Kejohanan Siri Dunia 2018

KUALA LUMPUR: Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri berakhir di kedudukan tercorot dalam acara akhir 3m papan anjal wanita pada Kejohanan Siri Dunia 2018 di Beijing, China, Sabtu.  

Menurut laman web rasmi Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) www.fina.org, penerjun berusia 19 tahun itu mencatatkan 306.00 mata selepas lima terjunan.  

Pada aksi di National Aquatics Centre-Water Cube itu, Nur Dhabitah mempamerkan aksi menarik pada terjunan pertama apabila berada di kedudukan ketiga selepas mengumpul 67.50 mata.

Namun, nasib tidak menyebelahi penerjun berasal dari Kuala Lumpur itu apabila pada terjunan kedua beliau berakhir di kedudukan terakhir yang menyebabkan beliau sukar untuk bangkit.  

Penerjun China mendominasi acara itu apabila pingat emas dan perak menjadi milik Shi Tingmao dan Wang Han selepas masing-masing mengumpul 392.10 mata dan 380.40 mata manakala pingat gangsa pula menjadi milik penerjun Kanada, Jennifer Abel yang mencatatkan 354.30 mata.

Terdahulu, gandingan Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong memulakan musim 2018 dengan langkah kanan apabila meraih pingat perak selepas mengumpul 312 mata dalam acara 10m platform seirama wanita.Pandelela akan beraksi dalam acara 10m platform wanita, Ahad. - Bernama

Nur Dhabitah

Artikel Lain