suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

V Shem-Wee Kiong, Soon Huat-Jemie Lai Mara Separuh Akhir Terbuka Jerman

V Shem (kanan) dan Wee Kiong (kiri) berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman di Mulheim-An-Der-Rhur, Jerman.

KUALA LUMPUR: Dua pasangan beregu negara,  Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meneruskan rentak kejayaan  mereka dengan mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman di Mulheim-An-Der-Rhur, Jerman pada Jumaat (awal Sabtu di Malaysia).

Goh-Tan, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 menempah tempat ke peringkat separuh akhir apabila meraih kemenangan mudah  terhadap pasangan pilihan  kedua, Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding pada perlawanan suku akhir dalam acara beregu lelaki di Innogy Sporthalle.

Pasangan dari Denmark itu terpaksa menarik diri apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika mengekori 7-13 dalam set kedua setelah pasangan Malaysia menang set pertama dengan keputusan, 21-19, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.  

Bagaimanapun, pasangan Goh-Lai terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan pasangan pilihan kelima, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dengan keputusan 21-14, 18-21 dan 23-21 dalam acara beregu campuran.

Peluang Malaysia dalam acara perseorangan wanita berakhir apabila kesemua pemain tempatan kalah kepada lawan masing-masing pada pusingan awal.

Malaysia tidak menghantar wakil bagi acara perseorangan lelaki dan beregu wanita ke kejohanan itu, yang menawarkan hadiah US$150,000 (RM586,874). - Bernama

badminton

Artikel Lain