suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Nak Jual Luke Shaw

Luke Shaw. Foto Reuters

ISU Luke Shaw di Manchester United tidak lama lagi akan berakhir apabila pengurus pasukan, Jose Mourinho dilaporkan bersedia untuk menunjukkannya 'pintu keluar' pada musim panas ini.

Manchester United mendapatkan remaja itu dengan nilai £31.5 juta (RM170.7 juta) daripada Southampton pada 2014.

Sejak itu, pemain berusia 22 tahun itu hanya membuat 61 penampilan untuk Liga Perdana Inggeris, dengan kecederaan dan beberapa masalah lain yang melanda dirinya di Old Trafford.

Akhbar The Sun UK mendakwa Mourinho bersedia menjual Shaw ke Tottenham pada musim panas ini.

Shaw nampaknya mengalu-alukan permulaan yang baharu, di mana hanya memulakan enam perlawanan liga musim ini, dengan empat daripada 18 penampilannya untuk kelab itu bagi pasukan Bawah 23 Tahun (B23). - Mail Online UK

Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain