suria

Lukaku Selesa Dilabel "Orang Kepercayaan" Mourinho

ROMELU Lukaku percaya Jose Mourinho melihatnya sebagai orang kepercayaannya di padang dalam sesi sembang bersama Thierry Henry menjelang pertembungan dua gergasi, Manchester United menentang Liverpool, Sabtu.

Kedua-dua pasukan ini dipisahkan dengan dua mata bakal bersaing dan tentunya Lukaku salah seorang pemain yang akan cuba menggembirakan pengendali pasukannya.

Sejak menyertai United daripada Everton dengan kos £90 juta pada musim panas lalu, Lukaku telah beraksi di 28 daripada 29 perlawanan Liga Perdana.

Pemain ini terlibat dalam 11 gol menerusi 11 perlawanan sepanjang 2018 di mana dia menjaringkan lapan gol dan membantu merealisasikan tiga jaringan.

Malahan, Mourinho telah memuji penyerangnya yang bukan sahaja cuba menyumbat gol, malahan berusaha untuk memastikan pasukannya sentiasa berada di tahap prestasi terbaik.

Kata Lukaku, dia menganggap adalah penting untuk setiap ahli skuad United menggunakan anologi ketenteraan untuk menggambarkan peranannya dalam pasukan.

"Saya rasa pengurus menganggap saya sebagai orang kepercayaan dan ia sesuatu yang agak pelik bagi seorang penyerang kerana biasanya pemain tengah  yang akan berbuat demikian," katanya kepada Henry.

"Saya selalu bekerja keras dan sebagai penyerang tentunya saya perlu menjaringkan gol.

"Dia (Mourinho) baik selama ini tetapi saya rasa dia tahu saya berfikiran umpama tentera.

"Saya akan tetap meletakkan pasukan sebagai keutamaan berbanding diri saya dan ianya telah saya sampaikan kepadanya.

"Keinginan untuk menang begitu tinggi, sejak saya menyertai kelab ini lagi kerana saya sentiasa mahu menang dan mengejar piala kejuaraan.

"Saya akan tetap meletakkan impian itu sebagai perkara utama berbanding diri saya dan sebab itu juga saya sentiasa diberi peluang untuk bermain mewakili pasukan," katanya.

Lukaku, Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain