suria

Mourinho 'Angin' Dengan Manchester United

Martial (kiri) merasakan seperti United tidak menghargainya.

JOSE Mourinho tidak berpuas hati apabila Manchester United mengambil tempoh lama untuk memberi kontrak baharu kepada pemainnya.

Wakil kepada pemain Anthony Martial dan Marcos Rojo telah mengadakan perbincangan dengan United pada Disember lalu, namun sehingga kini masih menunggu tawaran baharu daripada kelab tersebut.

Dua pemain tersebut bakal mengakhiri kontrak hujung musim ini walaupun United mempunyai pilihan menyambung kontrak Martial untuk 12 bulan.

Masa depan Juan Mata, Ander Herrera, Luke Shaw, Ashley Young dan Daley Blind juga masih samar apabila United dilihat hanya mahu menyambung kontrak pilihan setahun sehingga 2019 tanpa sebarang perjanjian baharu.

Martial berkata, dia seperti seorang pemain yang tidak ada nilai apabila perbincangan tersebut masih tertangguh dan membatalkan impiannya untuk membeli rumah baharu.

Malah dia juga bimbang apabila kehadiran Alexis Sanchez turut membataskan tempoh permainannya.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain