suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Barcelona Setuju Ambil Griezmann

Antoine Griezmann. Foto Reuters

PEMAIN Barcelona memberi persetujuan kepada kelab itu untuk mendapatkan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid pada musim panas ini, menurut beberapa laporan di Sepanyol.

Kelab gergasi Sepanyol itu mengemukakan tawaran £88 juta untuk penyerang kelahiran Perancis itu.

Malah, ia semakin yakin untuk menandatangani kontrak bersama pemain yang telah menjaringkan 16 kali buat Atletico pada musim ini.

Muka depan akhbar Sport pada Selasa telah membuat gambaran Griezmann menyarung jersi Barcelona.

Laporan itu turut menyebut bahawa bintang-bintang kelab tersebut begitu menyenangi dengan penyertaan Griezmann.

Membariskan pemain handalan sedia ada seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Ousmane Dembele dan Philippe Coutinho, Griezmann, 26, dilaporkan akan menjadi 'pemain yang hebat kelima'. - Mail Online UK

Antoine Griezmann

Artikel Sebelum

Neymar Masih Ada Peluang

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain