suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apa Agaknya Pelengkap Impian Ronaldo Sebelum Bersara?

CRISTIANO Ronaldo percaya dirinya tentu sekali gembira jika bersara seawal esok, namun tidak menolak sekiranya berpeluang menerima trofi Ballon d'Or dan pingat kemenangan Piala Dunia.

Menerusi temubual saluran Brazilian YouTube, Central Desimpedidos, pemain Real Madrid itu berkata:"Saya tidak pernah bermimpi untuk menerima lima anugerah Ballon d'Or. Jika saya menamatkan kerjaya sekarang, tentu sekali saya sangat gembira kerana telah memperoleh pelbagai kejayaan.

"Jika saya peroleh satu, dua atau tiga lagi Ballon d'Or, tentu sekali saya akan lebih gembira, tetapi jika tidak, sekurang-kurangnya saya telah memenangi lima anugerah itu."

Hanya Piala Dunia tidak tersenarai dalam koleksi pingat Ronaldo dan apabila ditanya impian yang ingin dipenuhinya, beliau menjawab:"Sejujurnya rasanya tiada.

"Saya telah capai semuanya dalam bidang bola sepak. Saya fikir telah capai pelbagai kejayaan hinggakan saya tiada lagi impian.

"Tetapi jika ada tanya saya apakah saya ingin terus mengecapi kejayaan, tentu sekali jawapannya adalah ya.

"Jelas sekali saya mahu memenangi Piala Dunia, tetapi jika kerjaya saya berhenti setakat ini, saya tetap berbangga kerana saya tidak sangka kerjaya saya sampai ke tahap ini."

Ditanya mengenai peluang Portugal menjelang Piala Dunia nanti, katanya: "Kami buka pasukan pilihan. Kami perlu merendah diri dan jujur serta faham bahawa dalam aspek teori ada pasukan dengan nama besar seperti Brazil, Sepanyol, Jerman dan Argentina.

"Kami bukannya pilihan tetapi segalanya berkemungkinan."


Ronaldo, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain