suria

Nota Kiriman Mourinho Buat Matic Tersenyum Di Padang

PEMAIN tengah Manchester United, Nemanja Matic mendedahkan menerima kiriman nota yang ditulis Jose Mourinho kepadanya sewaktu perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika Eric Bailly yang dibawa masuk sebagai pemain gantian dan nota berkenaan telah diserahkan kepada Matic.

Malahan, seorang lagi pemain, Willian dilihat cuba menngintai bagi mengetahui isi kandungan nota berkenaan.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai nota tersebut yang disimpan rapi oleh Matic sehinggalah dia mendedahkannya pada Isnin.

Matic menerusi laman Instagram miliknya akhirnya memberitahu kandungan nota berkenaan memberi peluang untuknya bercuti tiga hari.

Selain tertera ayat "kamu dapat cuti tiga hari", nota berkenaan turut dilukis dengan emoji senyum.

Namun, umum tidak pasti sama ada pemain tengah itu hanya berjenaka atau sengaja mendedahkan sisi kelakar Mourinho.

Yang pasti, kesemua pemain dijangka diberi cuti pada Isnin membolehkan mereka berehat dan mengumpul semula tenaga.

United, Matic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain