suria

Mourinho-Conte Salam, Peluk Tanda Berdamai

MANCHESTER: Jose Mourinho percaya adalah penting untuk berdamai dengan rakan sejawatannya di Chelsea, Antonio Conte sebelum dan selepas perlawanan yang berakhir dengan kemenangan United 2-1, Ahad.

Pengendali Manchester United itu mengambil keputusan untuk bersalaman dengan Conte hingga menarik perhatian ramai.

Pertelagahan Mourinho dan Conte mencapai kemuncaknya bulan lalu apabila jurulatih Portugal itu memetik pertuduhan  Persekutuan Bolasepak Itali pada 2012 bahawa Conte gagal melaporkan insiden mengatur perlawanan membabitkan kelab lamanya Siena pada musim 2010-2011.

Conte yang pernah mengendalikan Juventus menerima hukuman awal penggantungan 10 bulan, sebelum dikurangkan kepada empat bulan. Bagaimanapun, kes itu digugurkan pada 2016.

Jurulatih Itali itu membalasnya dengan memanggil Mourinho 'lelaki kerdil' namun kedua-duanya saling tersenyum sebelum perlawanan dan berpelukan selepas itu apabila United bangkit daripada ketinggalan untuk menang di Old Trafford hasil jaringan Romelu Lukaku dan Jesse Lingard.

"Saya fikir itulah yang mahu saya dan Antonio tunjukkan kepada semua.

"Berjabat tangan sebelum dan selepas perlawanan adalah  contoh bahawa dalam bola sepak anda perlu saling menghormati satu sama lain.

"Kami mempunyai sejarah, imej dan saya gembira dengannya."

Conte ketika ditanya mengenai insiden berdamai itu, menjawab ringkas:"Kami berjabat tangan dan berdamai."-SkySports

Mourinho, Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain