suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sabah Kekal Tangga Kedua Carta Liga Premier

Sabah mengutip lapan mata selepas beraksi empat perlawanan. - Facebook/Bola Sepak Sana Sini

KUALA LUMPUR: Pasukan Sabah mengekalkan kedudukan kedua carta Liga Premier walaupun sekadar seri 1-1 berdepan jiran tetangga, Sarawak pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu malam.

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah mengutip lapan mata selepas beraksi empat perlawanan, hanya satui mata di belakang pendahu liga, Felda United.

Pada aksi di Likas, penyerang import dari Croatia, Mateo Roskam terlebih dahulu meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-19 sebelum Hector Ramus menyelamatkan maruah pasukan tuah rumah hasil gol penyamaan pada minit ke-53.

Terdahulu, Sabah berpeluang meraih gol kedua namun sepakan penalti yang diambil oleh penyerang import dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon pada penghujung babak perlawanan melepasi pintu gol lawan.

Di Stadium Shah Alam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraih kemenangan pertama musim ini selepas mengalahkan Pulau Pinang 1-0, hasil jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-60. - Bernama

skuad Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain