suria

Wales Berkunjung Ke California Bertemu Mexico

Giggs memegang jersi Wales selepas dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari lalu.

RYAN Giggs bakal membawa pasukannya ke Pasadenan menjelang perlawanan persahabatan Piala Dunia.

Wales akan bertemu Mexico di California bagi perlawanan persahabatan pada 28 Mei ini.

Persatuan Bola Sepak Wales mengumunkan, skuad bimbingan bekas pemain Manchester United itu akan beraksi di Stadium Rose Bowl.

"Ini adalah peluang yang menakjubkan untuk kami membuktikan kemampuan bertemu pasukan yang juga akan bermain dalam Piala Dunia Jun ini.

"Stadium Rose Bowl sebuah tempat yang mengagumkan sekaligus memberi pengalaman berharga kepada semua pemain," ujar kenyataan badan induk bola sepak Wales itu.

Giggs dilantik ketua jurulatih Wales menggantikan Chris Coleman pada Januari lalu dan bakal berdepan dengan perlawanan pertama bertemu China pada 22 Mac ini.

Wales, Ryan Giggs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain