suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Meninggal Dunia Ketika Penyokong Dua Kelab Bergaduh

SEORANG anggota polis anti-rusuhan meninggal dunia ketika berdepan keganasan dua penyokong sebelum aksi Liga Europa awal pagi Jumaat.

Pergaduhan antara dua penyokong kelab Spartak Moscow dan Athletic Bilboa sebelum sepak mula perlawanan menyebabkan lima ditahan selepas membaling suar.

Ketika pergaduhan tersebut, seorang anggota polis terkena serangan jantung dan meninggal dunia di hospital.

"Kami mengesahkan kematiannya," jelas ringkas kenyataan pihak polis di Basque tanpa memberi maklumat lanjut.


Dalam pada itu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) turut memberi kenyataan mengenai kejadian ini.

"Kami amat mengutuk keganasan di antara kedua-dua penyokong yang berlaku di Bilbao.

"Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini.

"Uefa turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga dan rakan-rakan pegawai yang meninggal dunia."

Spartak Moscow, Atletico Bilboa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain