suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KBS Tidak Lindungi Atlet Atur Perlawanan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan pihaknya tidak akan memberi perlindungan kepada mana-mana individu mahupun atlet kebangsaan yang terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan.

Beliau berkata atlet terpalit dengan skandal tidak bermoral yang mampu meruntuhkan nama Malaysia selaku antara negara kuasa besar sukan di Asia Tenggara, perlu berdepan dengan tindakan jika didapati bersalah.

“Kalau sudah terlibat dengan mengatur perlawanan, mereka terpaksalah berdepan dan mempertahankan (diri) secara sendirian dalam proses seterusnya.

“Jika didapati bersalah, ia merupakan satu kesalahan jenayah...saya tidak ada perlindungan untuk mana-mana yang terlibat dalam kancah mengatur perlawanan,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman penajaan UEM Group Berhad bersama Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) di sini, Jumaat.

Media tempatan mendedahkan bahawa dua pemain badminton profesional negara sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Menurut laporan berkenaan, dua pemain itu, yang tidak bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), disiasat kerana didakwa cuba menyogok beberapa pemain asing dengan memujuk mereka untuk turut terlibat dalam mengatur perlawanan.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain