suria

Empat Pemain West Brom Cuak Gara-Gara Curi Teksi

Empat pemain yang disoal siasat berkaitan curi teksi: Dari Kiri - Livermore, Barry, Evans dan Myhill.

EMPAT pemain senior West Brom dituduh mencuri sebuah teksi di Barcelona.

Polis mengenal pasti empat pemain tersebut adalah Johnny Evans, Gareth Barry, Jack Livermore dan Boaz Myhill.

Insiden dilaporkan berlaku apabila mereka ingin kembali ke hotel selepas menjamu selera di sebuah restoran segera di Olympic Port.

Mereka terlihat sebuah teksi, namun ketika pemandu teksi terbabit berada di dalam restoran itu dan mereka mengambil keputusan untuk memandu sendiri teksi tersebut menuju ke hotel yang terletak kira-kira 4.8 kilometer daripada lokasi kejadian.

Johnny Evans

Pekerja di sebuah hotel, The One menelefon polis apabila melihat insiden itu.

Polis tiba di hotel penginapan mereka dan membawa kesemua pemain tersebut ke balai untuk disoal siasat. Namun dibebaskan selepas itu.

Kesemua mereka kelihatan takut dan risau berikutan kejadian tersebut.

Teksi itu kemudiannya diserahkan kepada pemilik sebenar pada pukul lapan pagi, tiga jam selepas kejadian.

Keempat-empat pemain itu membuat kenyataan pemohonan maaf yang telah memberi perspektif buruk kepada mereka.

West Brom, Cuti teksi

Artikel Sebelum

Karathu Dalam Radar Kafa

Artikel Berikut