suria

Isteri Dua Pemain PSG Merungut Tindakan Pengurus

Di Maria bersama isterinya.Foto: Instagram Angel Di Maria

ISTERI dua pemain Paris Saint Germain (PSG) merungut tindakan pengurus kelab itu melayan suami mereka.

Isteri kepada Angel Di Maria dan Thiago Silva tidak berpuas hati dengan keputusan Unai Emery meletakkan suami mereka di bangku simpanan ketika aksi tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam saingan 16 pasukan pada pada Khamis.

Jorgeline Cardoso, isteri Di Maria memuat naik status seakan memperli pengurus PSG itu.

Status oleh isteri Angel Di Maria.

Tulisnya : (diterjemah) "Your effort + your extra work + your goals + your assists + your best moment = bench. But the ones that do not understand football are women".

Di Maria yang turut membantu empat gol dalam lima perlawanan terakhirnya sebelum ini diketepikan Emery yang memilih Edinson Cavani menggantikan posisinya.

Malah dia tidak diberi peluang untuk bertemu bekas kelabnya itu.

Isteri Silva mempersoalkan taktikal pengurus PSG.

Namun Emery menerima padah apabila mencatat keputusan memalukan itu.

Bagaimana pun berbeza pula dengan Isabele da Silva (isteri Silva) yang merungut mengenai taktikal yang digunakan Emery sehingga kelab itu tewas.

PSG, Angel Di Maria, Thiago Silva

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain