suria

"Tipu Kata Hubungan Kami Tidak Baik!" - Mourinho

PENGURUS MAnchester United memanggil Paul Pogba ke biliknya minggu ini.

Dilaporkan bahawa Jose Mourinho memanggil pemain termahal 89 juta pound itu bagi membincangkan prestasi Pogba lebih kurang satu jam pertemuan.

Sportsmail mendedahkan mereka mengadakan pertemuan di Carrington selepas pemain antarabangsa Perancis itu hanya menjadai pemanas bangku simpanan pada pada perlawanan dengan Newcastle dan Tottenhaam malah turut diketepikan ketika menentang Huddersfield.

Sebelum bertemu Huddersfield, Mourinho mengesahkan Pogba akan beraksi pada pusingan kelima  Piala FA Inggeris itu.

"Saya tidak boleh memberitahu kepada anda apa yang dibincangkan dengan pemain.

"Paul terima bahawa dia tidak bermain baik, itu sahaja. Satu penipuan besar yang mengatakan hubungan kami tidak baik, kami tidak berkomunikasi, tidak bersetuju dengan posisinya dan penglibatan dalam pasukan yang dinamik.

"Apa yang kami tahu beberapa perlawanan sebelum ini, dia tidak bermain dengan baik. Masa. Tamat cerita.

"Kini masalah saya adalah bagaimana untuk meningkatkan prestasi Paul," ujar Mourinho.

Bagaimana pun, menurut sumber di United, kehadiran Alexis Sanchez membuatkan Pogha sedikit goyang.

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain