suria

Conte Mula Faham ‘Politik’ Chelsea

ANTONIO Conte kini mula memahami punca pengurus-pengurus Chelsea dipecat sebelum ini.

Conte memberitahu, pengurus-pengurus sebelum ini terjerat dengan politik kelab dan Sportsmail sebelum ini melaporkan bahawa jurulatih kelahiran Itali itu akan meninggal kelab sebaik sahaja tamat musim ini.

Conte juga dilaporkan terlibat dengan perbalahan dengan ahli lembaga kelab dan dikatakan langsung tidak berbincang mengenai perpindahan pemain dengan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia.

Kekalahan The Blues pada saingan Piala Liga kepada Arsenal Rabu lalu turut menjadikan hubungan kedua-dua pihak semakin hambar.

Menurut Conte, situasi ini bukan pertama kali berlaku kepada pengurus, namun dia seorang yang istimewa dalam menguruskannya.

"Jika anda melihat statistik dalam tenpoh 14 tahun, sepuluh pengurus telah dipecat di kelab ini.

"Tetapi dalam masa sama, jika anda pasti apa tugas sendiri dengan semuanya ada peningkatan serta hubungan baik dengan pemain, seperti sekarang, saya tenang saja.

"Sangat tenang dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

"Saya menerukan tugas di kelab ini dengan kerja keras, untuk pemain dan penyokong.

"Tetapi apabila milaht sejarah kelab, saya letakkan diri saya dalam situasi yang sama, tidak ada perbezaan.

"Awal musim baru-baru ini saya ada jelas bahawa tempoh ini mungkin yang paling sukar buat saya,"ujarnya.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain