suria

Ronaldo Pilih Setia

CRISTIANO Ronaldo mendedahkan dia sayangkan Real Madrid.

Masa depan bintang Real Madrid itu dilaporkan masih samar berikutan spekulasi dia mahu berpindah.

Namun, jelas pemain antarabangsa Portugal itu bahawa dia tidak akan ke mana-mana.

"Sudah tentu saya suka tinggal di sini. Saya berada di sini sejak 2009 dan suka dengan semua orang serta cuaca.

"Dekat dengan Portugal dan saya boleh balik hanya dengan memandu kereta. Sepanyol negara yang hebat. Saya sayangkannya.

"Dan sudah pasti saya mahu tinggal di sini, kelab ini," ujarnya.

Dalam masa itu, Ronaldo memberitahu dia akan berada di Bernabeu sehingga usianya 41 tahun berdasarkan kontrak akhir sehingga 2021.

Sebelum ini Ronaldo dikaitkan dengan bekas kelabnya Manchester United serta kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain.

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho Puji Sanchez

Artikel Lain