suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaya Ronaldo, Messi Sambut Tahun Baharu

PEMAIN terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menyambut Tahun Baharu 2018 dengan gaya berbeza.

Ronaldo, yang baharu merangkul gelaran Ballon d'Or yang kelima menyambut tahun 2018 di kampung halamannya, Madeira.

Bintang Real Madrid itu merakam gambar bersama 15 trofi individu yang diraih sepanjang kariernya.

Manakala Messi pula memilih meluangkan masa bersama isterinya, Antonella Roccuzzo yang bakal melahirkan anak ketiga mereka.


Dalam pada itu, pengurus Barcelona, Ernesto Valverde memberitahu bahawa pemainnya itu masih menjadi pemain terbaik di muka bumi ini.

"Messi adalah yang terbaik di seluruh dunia.

"Dia melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila menyentuh bola. Kami mempunyai masa depan yang cerah dengan adanya dia di kelab," ujar Valverde kepada Barca TV.

Messi, 30, merakam 22 gol dalam 29 penampilan untuk kelab dan negara Argentina musim ini.

Paling terbaru, dia menyumbangkan satu gol pada aksi kemenangan 3-0 bertemu pasukan Ronaldo di Santiago Bernabeu sebelum Krismas baru-baru ini.


Linel Messi, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kim Swee Fokus Latihan Taktikal

Artikel Lain