suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Dijk Tayang Jersi The Reds

VIRGIL van Dijk secara rasminya menjadi milik Liverpool.

Van Dijk buat pertama kalinya tampil berjersi The Reds selepas perpindahannya dari Southampton bernilai 75 juta pound lengkap.

Liverpool sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pemain pertahanan tersebut Disember lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak beraksi pada perlawanan bertemu Burnley namun dijangka akan membuat penampilan pertamanya dalam saingan Piala FA pusingan ketiga menentang Everton.


"Saya sangat gembira berada di sini dan tidak sabar untuk beraksi.

"Saya fikir perkara paling penting adalah saiz kelab ini, budaya, pemain, pengurus dan paling jelas penyokong-penyokongnya yang membuat kelab ini istimewa.

"Dengan sejarah dan semua lengkap, ia melengkapkan saya," ujarnya.

Van Dijk turut berada di Anfield ketika aksi kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Leicester Sabtu lalu.

"Saya rasakan ada sesuatu yang istimewa di sini. Anfield adalah stadium yang istimewa dan kini adalah rumah saya," jelasnya.

Virgil Van Dijk

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain