suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanchez Tolak Gaji Lumayan

ALEXIS Sanchez menolak tawaran gaji sebanyak 400,000 pound sterling seminggu daripada kelab Liga Super China, Hebei China Fortune.

Pemain kebangsaan Chile itu terdesak untuk menyertai Manchester City dan memberitahu kelab berpangkalan di China bahawa dia mahu bekerjasama semula dengan Pep Guardiola, lapor The Sun.

Sekiranya Sanchez menerima tawaran Hebei, dia akan menerima pendapatan sekitar 21 juta pound setahun selepas cukai.

Kontrak Sanchez di Emirates akan berakhir pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu nyaris menyarung jersi City sehari sebelum jendela perpindahan pemain ditutup tetapi ia gagal dimuktamadkan selepas Arsenal tidak berjaya mendapatkan khidmat bintang Monaco, Thomas Lemar.

City boleh mendapatkan khidmat Sanchez secara percuma bulan depan tetapi Guardiola belum dapat mengesahkan sebarang rancangan perpindahan pemain buat masa ini.

"Di atas padang saya tak tahu. Jendela perpindahan pemain dibuka pada musim sejuk.

"Saya tak tahu, percayalah. Saya tidak tahu apa yang kami akan lakukan," katanya.

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

S.Kumar Gagal Ujian Doping

Artikel Berikut

Kaka Gantung But

Artikel Lain