suria

Mourinho Tak Minat Jendela Perpindahan Januari Tapi...

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho terbuka untuk menandatangani kontrak pemain bulan depan meskipun tidak berminat dengan jendela perpindahan pada Januari.

Namun pengurus Manchester United itu menyedari bahawa beliau perlu terus membina semula skuadnya dalam usaha merangkul trofi.

Mourinho yang menaruh minat untuk mendapatkan pemain Arsenal, Mesut Ozil dan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid, mendedahkan beliau akan melakukan perjanjian sekiranya wujud kesepakatan yang sewajarnya.

"Saya bukanlah berminat dengan pasaran pada Januari ini tetapi terdapat pemain dan sitiuasi yang kadang-kadang anda mempunyai peluang untuk melakukannya, dan anda tidak seharusnya melepaskan peluang itu," ujar Mourinho.

"Saya tidak gemar pasaran Januari hanya untuk membeli. Tetapi jika anda boleh membeli apa yang anda akan beli pada Jun, dengan peluang beberapa bulan sebelumnya, sudah tentunya terbaik!," tambahnya. - Mail Online


Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain