suria

Stadium TLDM Venue Alternatif Perak?

IPOH: Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mungkin menjadi venue alternatif jika Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan Stadium Manjung digunakan sebagai gelanggang sementara pasukan Perak menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

PresidenPersatuanBola Sepak Perak(PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata bagaimanapun ia hanya akan diputuskan selepas FMLLP mengeluarkan arahan rasmi berhubung perkara tersebut.

"Kita telah hantar laporan dan maklumat terkini berkaitan kerja-kerja naik taraf yang dilakukan di Stadium Manjung kepada FMLLP beberapa hari lalu.

“Setakat ini, belum ada sebarang jawapan daripada FMLLP tetapi kalau perkara luar jangkaan berlaku, Stadium TLDM mungkin jadi alternatif," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perak dan Program Satu Pingat, Satu Pokok Sukan SEA dan Para ASEAN KL 2017 di sini, Jumaat.

Pada Rabu lepas, Ketua Pegawai FMLLP Kevin Ramalingam menyifatkan pihaknya masih mengkaji permohonan PAFA untuk menggunakan Stadium Manjung atas faktor keselamatan, terutama membabitkan perlawanan berprofil tinggi.

Menjelas lanjut, Abdul Puhat berkata kerja-kerja naik taraf di Stadium Manjung akan tetap diteruskan walaupun perkara sebaliknya berlaku kerana ia merupakan antaravenue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.

"Setakat ini kita sedang baiki keadaan padang dan tiada masalah bagi kerja-kerja naik taraf yang bersifat fizikal, selain boleh disiapkan seperti mana jangkaan asal," katanya. - BERNAMA

Perak, Stadium TLDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lancar Jersi Khas TRW

Artikel Lain